Monday, December 28, 2009

Mencuba dan terus mencuba...

Kadang-kadang tu aku terfikir, apa la aku ni..
Cuba la buat anjakan paradigma skit. Asyik para-para sakura je pun..heh!
Dari buat keje malas-malas tu, tingkat la skit mutu keje tu.
Dari asyik tangguh keje, buat la keje tu cepat a/b di suruh atau perlu dibuat.
Kalau cara kehidupan macam tu, susah la..
Kalau dah kawin nanti macam mana nak jadi contoh kat anak bini.. :p
ape daaa..
Mesti kene ada anjakan paradigma..
InsyaAllah, aku akan 'mencuba dan terus mencuba'.

( teringat masa keje ngan kilang jepun dlu..amalan 5S diutamakan. Memang kualiti keje jadi best..kalau tertido sbb penat pun, supervisor xakan marah. tp tido yg sekejap la.. utk mengembalikan tenaga selepas penat angkat barang2 dari lori, buat kotak, counting part2 elektronik yg kecik2 tu..fuh!!!.. tp setiap kali audit Alhamdulillah..sentiasa dpt pujian dari bos japanese tu.horaiiiii)

Apa pun,agama jgn diketepikan walaupun kita ni taksub ngan keje harian, taksub ngan menambah kekayaan di dunia ni... semua tu xleh bwk g akhirat kalau kita tinggal syariat Islam..

Wednesday, December 23, 2009

Hijau Bumi Tuhan

Assalamualaikum...
Hijau Bumi Tuhan..kalau dikalangan rockers tanahair..perkataan ni memang kenal sangat la.Tajuk lagu kumpulan XPDC. Memang famous la lagu ni sampaikan kalau aku pegi karok ngan membe2, aku mesti nak nyanyi lagu ni. Antara sebabnye adalah lagu ni rancak dan kalau korang baca balik lirik dia memang banyak maksud yang mendalam. Dalam masa orang tengah nak tarah bukit la itu la ini la semata-mata untuk keuntungan diri sendiri la ataupun untuk tujuan pembangunan la (konon2 la..nak cover je tu), ada jugak sekumpulan manusia yang pada luarannya masyarakat pandang sinis je dengan kehadiran dorang ni, berusaha untuk memperjuangkan flora dan fauna pemberian Ilahi ni.
Kalau kita lihat di media2 antarabangsa banyak contoh2 kemusnahan alam sekitar yang dapat kita lihat telah pun berlaku atas bumi ni. Kebakaran hutan semakin berleluasa. Apabila ditanya mengapa ini boleh terjadi??? Ada yang jawab 'dah benda nak jadi, nak buat macam mana lagi'. Apa la punya pemikiran macam tu. Kebanyakan bencana yang jadi atas bumi ni adalah disebabkan oleh tangan2 amnusia itu sendiri gak. Dalam Islam pun ada sebut benda ni.
Sedih sangat bila dah jadi macam2 bencana atas bumi ni pun ada gak segelintir manusia yang masih tak sedar2 lagi. Masih lagi nak lakukan kemusnahan atas bumi ni.
Tuhan jadikan flora dan fauna tu ada sebabnya. Antaranya adalah untuk kita sedut oksigen yang terhasil dari proses fotosintesis dari pokok2 tu sendiri(kalau salah tlg betulkan) dan bermacam-macam lagi la. Cuba kita fikir sejenak. Kalau la Allah tarik balik pemberian-Nya itu serta-merta. Mudah2an Allah beri lagi kita peluang untuk perbetulkan kesilapan kita ni. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Jadi aku harap sangat mari la kita sama-sama menjaga alam sekitar ni sebaik mungkin.
Kalau anda boleh sayang sesama  manusia, kenapa tidak untuk kita saling sayang-menyayangi sesama makhluk yang lain..
Selamatkan la alam sekitar kita...

Saturday, December 19, 2009

Dalam hidup ni tak perlu sombong dan bangga sgt dgn ape yg kite ada..

Tak perlu la jadi org yg terlalu bangga dgn pangkat atau kekayaan ataupun kelebihan yg ada pada diri kita tu.
Cuba tengok balik kt orang2 yg hidupnya susah..kesian kt dorg..
Jadi jangan la disebabkan kita ni hebat ke kaya ke pangkat tinggi skit dari org lain,kita dah mula nak sombong, mula nak hina org, mula nak...arghhh mcm2 lagi la...Ingat, kalau kat dunia kita hebat belum tentu lagi kat akhirat nanti kita akan hebat seperti kat dunia..
Kalau boleh tu, cubalah selalu bersyukur dengan apa yg telah Allah beri kt kite.ada lebih skit, kongsi atau derma kan kat org yg memerlukan..
Mudah2an hidup kita dirahmati di dunia dan akhirat.

p/s:- peringatan utk aku dan sesape je la..

Thursday, December 17, 2009

Hijrah

Salam 1431 Hijrah.
Salam Tahun Baru Islam.
Mudah2an aku,mak,abah,adik2 ngan akak aku,dan semua org diberkati oleh Allah sepanjang masa.
Mudah2an dgn dtgnye tahun baru Islam kali ini,aku dpt buat pe yg aku azamkan.
Mudah2an kwn2 aku sentiasa sukses dgn pe yg dorg buat.
Mudah2an kami semua dilindungi dari godaan dan hasutan syaitan(samada the true satan or syaitan bertopengkan manusia)..
Mudah2an dimurahkan lagi rezki aku dan family aku serta semua kwn2 aku dan juga semua umat Islam di bumi ni.
Mudah2an aku,family aku dan kwn2 aku dilindungi dari fitnah, kezaliman, umpat dan mencaci dari org lain ke atas kami. Atau juga aku yg mencaci org.Nauzubillah minzalik..
Mudah2an hubungan persahabatan aku ngan kwn2 aku(xkira la yg baik ngan aku ke atau yg tikam belakang ke atau sekadar kwn utk ,mendpt sesuatu ke..)sentiasa baik..
Mudah2an aku,family aku serta kwn2 aku xmudah gelabah dgn kata2 org lain..
Mudah2an Allah panjangkan umur kami..dan diberi kesihatan yang baik utk kami melakukan amal ibadah dn tugas2 kami atas dunia ni..amin.
InsyaAllah.
Pesanan utk semua dan diri aku skali :
Jom le same2 kite berhijrah dari yg kurang baik ke baik ataupun dari yg baik ke yg lebih baik..

Monday, December 14, 2009

Jerai Eco X Challenge 2008


Assalamualaikum...
Kalau kita ternampak perkataan JERAI kita kemungkinan besar kita mesti akan teringat kepada keindahan yang ada pada gunung jerai kat kedah tu. memang tak dinafikan la gunung ni cantik dan mmg menjadi salah satu tempat untuk kegiatan rekreasi. Cuma aku je yang tak pernah sampai kt situ.hahaha.. tapi yang pasti tempat tu memang cantik la. Try la pegi sane. tapi kalau nk pegi situ jangan la lupa ajak aku. Maklum lah xpenah pegi lagi. Hakhakhak.............................................................

Kat sini aku bukan nak cite pasal hal aku tp ni ada kaitan la dngan kehidupan aku. Aku perkenalkan adik bongsu aku Muhamad Azizi Ismail. Dulu dia ni bukan la aktif sangat dlm bidang sukan ngan rekreasi ni. Tapi bile dah masuk sekolah menengah ni, aku tengok mamat ni semakin lama semakin aktif. Maklumla minat sangat tengok cite gerak khas la pe la(yang de kaitan dgn aktiviti)..Tup tup,masa kt sekolah tu dia dapat geng ngan anak2 polis dari  p.g.a dan p.g.k ulu kinta. Kena lak budak2 tu memang kaki sukan. Acara yang dorg paling expert adalah marathon. Penat gila seh kalau join dorg training. tahun lepas adik aku start join kelab Vat69 Junior. Vat69 ni lebih dikenali sebagai 69Komando PDRM. Dah nama pun komando. So,coach budak2 ni pun terdiri dari anggota2 komando yang expert dalam sukan ni. Team veteran  dorg pernah memenangi acara eco challenge yang pernah dianjurkan dalam Malaysia ni(tak caya,check dlm internet). Citer skit, dulu adik aku ni berisi gak la badan dia. Tapi skang ni dah slim skit.hakhakhak.. Gambar kat atas tu antara gambar2 yg aku dpt amik dari blog dorg sepanjang dorg kt jerai tu. Memang ramai yang join competition tu. Dari dalam Malaysia dan luar negara pun ramai gak..tapi yang paling happy buat team Vat69 ni, dorg menang kategori dewasa ngan kategori junior. Team ni berjaya bolot hampir semua kategori. So, aku salute la kat dorg ni. Even dorg ni mengharumkan nama Vat69 PDRM, tp disebabkan dorg berasal dari Ulu Kinta, so aku pun turut bangga la.heh! Apa yg aku tau lagi,dorg ni bnyk dpt sponsor dari syarikat2 besar dlm negara kita ni. Majlis Olimpik Malaysia pun tak silap aku dan berkenan kt team dorg ni.Tiba2 je muncul mengharumkan nama Malaysia dlm sukan ni.

Nak tau rahsia kejayaan dorg ni mmg panjang kalau nak cite kat sini. Aku pun xjoin dorg training.(Baru jogging ngan adikaku je..aku dah penat..lom lagi ngan team dia yang lain tu)hehehe. Dorg ni amalkan disiplin yang kuat, pemakanan dll. Maklum la nama pun coach dorg ni terdiri dari anggota2 komando.Comfirm la disiplin kena kuat. Kerap turun training. Pagi ada petang ada malam pun ada. Kalau lah korg ada lalu kat Ulu Kinta tu waktu malam then terjumpa satu team budak2 tengah berlari ramai2..ha,tu Vat69 junior la. Kadang2 dorg ni ada gak camping dlm hutan, blaja swimming..mcm2 la..Kiranya dorg ni aktif la.
So, moral of the story is, sapa2 nak stamina mcm dorg ni,kena la rajin training. Amalkan disiplin pemakanan dan disiplin diri yang agak kuat. Dan kemungkinan jugak team ni di buka utk org awam yang mahukan anak dorg be a champion satu masa nanti dlm sukan ni. Try it!

p/s: nak tengok pic2 team ni lagi, check kat google..taip vat69 junior or jerai eco x challenge.

Adios..
Wassalam..

Saturday, December 12, 2009

Antara hadiah paling bermakna utk b'day aku...

Salam..
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi dgn izinnya aku dpt lagi bernyawa.skang ni pun aku dah masuk 26.Alhamdulillahh. mulanya aku ingt aku dpt pegi kulim tu..bwk2 student2 pegi kursus kepimpinan kat sane.leh trus aku pegi umah pak ya aku kt sane.tp last minit bos tak bagi pegi..frust kejap la.tp tu la sape pun tak sangka rupenye aku dpt hadiah yg lain.mlm td kt masjid tmpt aku ni,Dato Hj. Abu Hassan Din Al-Hafiz dtg bg ceramah ttg ma'al hijrah..mmg aku excited sgt nk jumpr ulama' besar negara kita ni..pas ceramah kami solat isyak berjemaah.abis solat aku dpt gak salam tgn dato' tu..slalu tgk dlm tv je.kali ni live dpn mata.dan aku rase tu la antara hadiah yg plg bermakna utk aku selain ucapan2 dari membe aku dunia dan akhirat.thanks so much kt dorg sume n my family sbb wish kt aku..tu pun dan cukup dari bg hadiah...Alhamdulillah..so,umur dah meningkat..perangai pun kne la lg matured..aku nk cuba jadi lebih baik dari sblm2 ni.InsyaAllah..

Thursday, December 10, 2009

Fix You by Coldplay....lagu cambest utk aku...

When you try you best

but you don't succed...
When you get what you want,
but not what you need...
When you feel so tired,
but you can't sleep..
stuck in reverse..

And tears come streaming down your face..
when you lose something you can't replace..
when you love someone but it goes to waste..
Could it be worse??

Lights will guide you home..
And ignite your bones..
And i will try to fix you..

High up above, or down below..
When you're too in love to let it go..
But if never try you'll never known..
Just what you're worth..

Lights will guide you home..
And ignite your bones..
And i will try to fix you..

Tears stream..
down on your face..
when you lose something you cannot replace..
Tears stream..
down on your face..
And i...
Tears stream..
down on your face..
I promise you
I will learn from my mistakes..
Tears stream..
down on your face..
And i...

Lights will guide you home..
And ignite your bones..
And i will try to fix you..

Wednesday, December 9, 2009

Huey Helicopter..aku minat starting from mase aku kecik lagi..

kisah dia mcm ni..mase aku kecik dlu,aku stay kt kem p.g.a ulu kinta.ayah aku polis hutan mase tu..
so,heli ni slalu gak landing kt padang blakang blok aku ni..everytime dorg dtg je,aku ngan kezen2 aku,paksu aku mesti nk pegi tgk heli ni closer.mmg best..lepak ngan pilot2 mat saleh tuu..even xreti pun nk speaking english.hehe...tp dpt la bergamabr kt heli ni..tp sampai skang aku jeles ngan paksu aku..pilot tu bagi chance kt dia utk naik heli tu,then dorg bwk pusing2 kt ruang udara ulu kinta tu..best giler..tp kehebatan heli ni bagi pandanga peribadi aku amat hebat.walaupun america klh mase vietnam war tu..tp still aku minat kt heli ni..penah ada org tanye aku,apa ko nk beli kalo ko bnyk duit..bmw?merc?ferrari? aku ckp aku nk beli heli..hakhakhak...tu la,aku mmg suke ngan heli ni..

pedulikan apa org nk ckp.yg baik amik,yg xbaik delete trus je... :p

yang penting,apa yg kita buat ada hala tuju nye.
kalo org ckp lebih2,amik yg baik je..yg xbaik tu masuk telinga kanan kuar telinga kiri.
tp kalo bleh jadikan kritikan atau pe org tu ckp sbg satu pengajaran la utk kite.ne tau,kot berguna gak nanti..

k.a.w.a.n (jgn sia-siakan dorg.lebih2 lagi family kita)

Salam.

dari dulu aku suke borak psl perihal kawan ni..
ye la,persahabatan tu indah.kalo kite tgk balik atau kenang balik kwn2 kite mase kecik dulu ke mase skolah dulu ke..mesti best giler.Alhamdulillah aku still ade simpan kenangan2 tu skit.
mase aku form 5 lagi best.aku siap buat komik mini yg menceritakn setaip org dlm kelas aku dlu.bukan ape,selain dari aku nk mengembangkan bakat aku melukis kartun,actually aku nk anti kt majalah sekolah.tp dukacita bila cikgu yg uruskan majalah tu gtau,tahun tu dorg xnak libatkan kartun2 dlm majalah sekolah lg.frust jap aku.penat2 aku buat,lastly bile da siap dorg leh ckp camtu lak.tp aku take positively la..aku bagi all my classmate aku tgk dulu,then aku simpan buat sebagai khazanah aku. u all pun ptt try ni..heh!
kawan ni ade pelbagai maksud la..de yg panggil kawan la..teman la...buddy la..sahabat la...
tp satu je yg aku nk cuba bicarakan kat sini is perihal sahabat.
Ape yg ustaz aku ajor dulu,sahabat ni lain skit dari kawan..
Dia ckp,sahabat ni adalah yg membawa ke arah bukan saje duniawi tp ukhrawi(akhirat)..sbb tu mase zaman Nabi,dorg panggil sahabat..myb makna sahabat ni lebih mendalam lagi,nanti aku buat research lagi.he!
Tapi ape yg penting is bile berkawan tu jagalah talian tu baik2.(gatu kat diri aku sendiri gak ni.kdg2 tu lalai kejap)Cuba elak dari de sebarang konflik.kalo ade gak,setelkan dgn cara yg baik..

Udahla tu...ngantok dah teman ni...
So,renung2kn dan selamat beramal...(sorry dr..sy tiru trademark dr.)hakhak

adios...Wassalam

Tuesday, December 8, 2009

Pentingkan diri sendiri???

Teringat lagi aku kt satu ayat ni.aku pun dengar dari satu program kt tv3.sempat la aku salin ayat ni.ne tau ia berguna utk aku satu hari nanti.
"sifat ego dan pentingkan diri sendiri sepertinya tidak harus ada dalam diri kita.ini menyebabkan kesatuan umat itu menjadi lemah kerana adanya sifat pentingkan diri sendiri ini."
bile aku try paham balik ayat ni,aku dpt la buat kesimpulan..
mmg sifat ni xpatut ada dlm diri sesape pun.
tp kdg2 tu perlu gak.(tp bukannye ego yg melampau..mmg nk kne tampau la kalo melampau)
contohnya utk seorg pemimpin..
bayangkan kalo pemimpin tu xde skit ego pun dlm diri dia..kot2 rasenye pemimpin tu kejap je bleh jatuh.
asyik dgr ckp org bawahan je sampaikan diri sendiri xdpt nk menggunakan kuasa yg ada kt dia tu.
tp xperlu la ego yg melampau.
sedangkan Nabi s.a.w. sendiri pun penh amik pandangan dari seorang kaum badwi pada zaman dulu...(xsilap aku la.kalo slh tlg betulkan)
so,ego ni xbrape perlu sgt la.
btul x???