Monday, November 29, 2010

CICM Run Bukit Jalil 2010

27 November 2010 :
 - aku ngan geng Vat 69 Junior PDRM bertolak dari Kem PGA Ulu Kinta ade la dalam pukul 10.30 pegi waktu tempatan. Then kami singgah kejap kat sekolah STAR untuk beri sokongan kpd team Vat 69 PDRM dalam kejohanan ragbi kat situ. Senang cite kami bertolak ke KL pada pukul 12 t/hari. Memang penuh kepayahan la pergi KL naik trak Polis tu. Bile panas, mmg bahang. Bile hujan turun, abis sume basah terkene tempias hujan. Akhirnya hampir jam 4 petang kami pun sampai di Kem PGA Briged Tengah Cheras. Selepas abis turun barang-barang, aku tau nak sambung balik tidur. Mana tahan tidur dalam trak tu. So, malam tu selepas makan dan solat aku pun lepak-lepak jap sebelum tidur awal.

28 November 2010
 -selepas solat subuh kami terus bertolak ke Stadium Bukit Jalil dengan hati dan semangat yang berkobar-kobar. Sampai je kat stadium tu kami terus salin pakaian dan buat pendaftaran untuk larian. Budak-budak lain masuk kategori lain. Aku je yang join kategori Terbuka 10km. Masa digarisan permulaan memang aku tengok runner2 yang lain memamg hebat-hebat la. So aku setkan mental aku supaya jangan down sebab tengok ramai runners yang hebat-hebat pun turun hari tu. Selepas menunggu lebih kurang 5-8 minit di garisan permulaan,akhirnya larian dilepaskan. Permulaan aku memang baik sebab aku berada di kelompok hadapan. Aku ingat aku boleh berlari dan dapatkan tempat 50 terbaik. Masuk je km ke 4 aku dan rasa lain macam. Sangkaan aku meleset sebab trek kali ni banyak bukit. Nama pun bukit jali. Adoyai!!! Aku dah la tak cukup latihan. Then trek lak banyak bukit. Memang rentak larian aku berbeza dari larian aku masa Ipoh International Run yang lepas. Tapi aku cuba untuk teruskan larian walaupun ada ketikanya aku terpaksa berjalan laju sebab tak cukup latihan dan stamina. Akhirnya aku sampai ke garisan penamat dengan masa 55minit 54 saat di tempat ke 76. Lebih 10 minit dari catatan masa aku mase lari kat Ipoh hari tu. Frust gak lak aku sebab tak dapat baiki masa aku sendiri. Takpe lah, CCIM RUn ni pun baru kali kedua aku join Running Competition camni. InsyaAllah,banyak masa lagi dan banyak larian-larian yang akan datang. Aku akan terus usaha. Never give up!!!