Monday, December 14, 2009

Jerai Eco X Challenge 2008


Assalamualaikum...
Kalau kita ternampak perkataan JERAI kita kemungkinan besar kita mesti akan teringat kepada keindahan yang ada pada gunung jerai kat kedah tu. memang tak dinafikan la gunung ni cantik dan mmg menjadi salah satu tempat untuk kegiatan rekreasi. Cuma aku je yang tak pernah sampai kt situ.hahaha.. tapi yang pasti tempat tu memang cantik la. Try la pegi sane. tapi kalau nk pegi situ jangan la lupa ajak aku. Maklum lah xpenah pegi lagi. Hakhakhak.............................................................

Kat sini aku bukan nak cite pasal hal aku tp ni ada kaitan la dngan kehidupan aku. Aku perkenalkan adik bongsu aku Muhamad Azizi Ismail. Dulu dia ni bukan la aktif sangat dlm bidang sukan ngan rekreasi ni. Tapi bile dah masuk sekolah menengah ni, aku tengok mamat ni semakin lama semakin aktif. Maklumla minat sangat tengok cite gerak khas la pe la(yang de kaitan dgn aktiviti)..Tup tup,masa kt sekolah tu dia dapat geng ngan anak2 polis dari  p.g.a dan p.g.k ulu kinta. Kena lak budak2 tu memang kaki sukan. Acara yang dorg paling expert adalah marathon. Penat gila seh kalau join dorg training. tahun lepas adik aku start join kelab Vat69 Junior. Vat69 ni lebih dikenali sebagai 69Komando PDRM. Dah nama pun komando. So,coach budak2 ni pun terdiri dari anggota2 komando yang expert dalam sukan ni. Team veteran  dorg pernah memenangi acara eco challenge yang pernah dianjurkan dalam Malaysia ni(tak caya,check dlm internet). Citer skit, dulu adik aku ni berisi gak la badan dia. Tapi skang ni dah slim skit.hakhakhak.. Gambar kat atas tu antara gambar2 yg aku dpt amik dari blog dorg sepanjang dorg kt jerai tu. Memang ramai yang join competition tu. Dari dalam Malaysia dan luar negara pun ramai gak..tapi yang paling happy buat team Vat69 ni, dorg menang kategori dewasa ngan kategori junior. Team ni berjaya bolot hampir semua kategori. So, aku salute la kat dorg ni. Even dorg ni mengharumkan nama Vat69 PDRM, tp disebabkan dorg berasal dari Ulu Kinta, so aku pun turut bangga la.heh! Apa yg aku tau lagi,dorg ni bnyk dpt sponsor dari syarikat2 besar dlm negara kita ni. Majlis Olimpik Malaysia pun tak silap aku dan berkenan kt team dorg ni.Tiba2 je muncul mengharumkan nama Malaysia dlm sukan ni.

Nak tau rahsia kejayaan dorg ni mmg panjang kalau nak cite kat sini. Aku pun xjoin dorg training.(Baru jogging ngan adikaku je..aku dah penat..lom lagi ngan team dia yang lain tu)hehehe. Dorg ni amalkan disiplin yang kuat, pemakanan dll. Maklum la nama pun coach dorg ni terdiri dari anggota2 komando.Comfirm la disiplin kena kuat. Kerap turun training. Pagi ada petang ada malam pun ada. Kalau lah korg ada lalu kat Ulu Kinta tu waktu malam then terjumpa satu team budak2 tengah berlari ramai2..ha,tu Vat69 junior la. Kadang2 dorg ni ada gak camping dlm hutan, blaja swimming..mcm2 la..Kiranya dorg ni aktif la.
So, moral of the story is, sapa2 nak stamina mcm dorg ni,kena la rajin training. Amalkan disiplin pemakanan dan disiplin diri yang agak kuat. Dan kemungkinan jugak team ni di buka utk org awam yang mahukan anak dorg be a champion satu masa nanti dlm sukan ni. Try it!

p/s: nak tengok pic2 team ni lagi, check kat google..taip vat69 junior or jerai eco x challenge.

Adios..
Wassalam..

No comments:

Post a Comment